Soalan Lazim

Apakah BukuPink Digital?

BukuPink Digital adalah transformasi digital buku rekod kesihatan ibu dari manual kepada versi digital. Buku rekod klinik diakses melalui web dan buku rekod ibu diakses melalui aplikasi telefon pintar

Siapakah yang terlibat?

Program pilot meliputi hanya Klinik Kesihatan Ayer Keroh dan ibu/bakal ibu yang membuka BukuPink baru (lawatan pemeriksaan pertama)

Adakah program ini diwajibkan kepada ibu/bakal ibu?

Tidak, klinik akan menjemput para ibu yang layak dan persetujuan ibu diperlukan untuk menyertai program pilot ini.

Berapa lamakah program pilot ini?

Program pilot ini akan berlangsung selama 2 bulan dari 1hb November hingga 31hb Disember 2021.

Bolehkah ibu/bakal ibu yang sudah membuka buku rekod kesihatan (lawatan yang kedua ke atas) menyertai program pilot ini?

Tiada halangan bagi bakal ibu untuk memuat turun aplikasi BukuPink Digital dan seterusnya menggunakan ciri-ciri untuk merekod data kehamilan mereka, tetapi terpulang kepada pihak klinik samada klinik akan juga membuka fail digital rekod klinik.

Contact US

What would you like to contact us about today?

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.