Cara buat buku pink semasa MCO secara online

November 23, 2021

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak buat buku pink semasa MCO. Disini kami sertakan beberapa cara bagaimana anda boleh mendapatkan buku pink anda semasa MCO.

Apa itu Buku Pink?

Buku pink adalah buku adalah Buku Rekod Kesihatan Ibu yang mengandungi semua sejarah kehamilan ibu semasa temujanji antenatal di Klinik Ibu dan Anak. Kebanyakkan orang menggunakan istilah Buku Pink sebagai singkatan kepada Rekod Kesihatan Ibu. Ia akan memudahkan doktor melihat rekod kehamilan dan permasalahan sekiranya berlaku ketika proses hendak bersalin. ‍

Buku pink juga wajib dibawa kemana-mana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. ‍

1) Buat temujanji secara online di Klinik Kesihatan https://qmed.asia/booking atau melalui aplikasi MySejahtera

2) Buka buku pink sebelum kandungan 12 minggu

3) Bawa dokumen berikut:

  • Kad pengenalan (KP)

  • Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)

  • Bil api atau air terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda.

  • Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada).

4) Bayaran pendaftaran adalah percuma untuk warganegara. RM5 sekiranya dirujuk pakar.

5) Pemeriksaan akan dilakukan oleh jururawat:

  • Dengan mengukur tinggi dan berat anda Soalan tentang kesihatan anda, sejarah kesihatan keluarga sepeti kencing manis atau darah tinggi.

  • Anda akan diberi tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda iaitu hari pertama bulan terakhir.

  • Ujian air kencing untuk kandungan protein dan gula dalam urine. Anda mungkin diberikan suntikan kancing gigi.

  • Akhir sekali, anda akan diberi dengan ubat pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi. ‍

Nota: Ada juga yang panggil buku rekod kesihatan ibu ni sebagai buku merah. ‍

Rujukan:

JKN Selangor

Majalah Pama

Buku Pink help mother to monitor their pregnancy, check-up & appointment reminder.

Copyright © Deux Alpha Tech Sdn. Bhd